Monday 21 May 2012

Ayam yang sudah 3 bulan

Setelah hampir 3 bulan menternak, saya membuat kandang baru (10x10 je) untuk ayam yang sudah mula
membesar, hanya 18 ekor sahaja berjaya meneruskan kehidupan. Okay la jugak ni, boleh gak buat
lauk dekat nak raya ni. Satu permulaan yang baik jugak bila sudah sampai ke peringkat ini meskipun banyak
ayam yang mati di awalnya dari 128 ekor!

.






Walaubagai mana pun saya masih terus membeli anak2 ayam baru agar sentiasa ada sebagai pewaris kandang ayam baru ini. Setelah di cari punca kematian anak2 ayam yang terdahulu, baru saya tahu ianya adalah di sebabkan oleh permakanan dedak (dedak kuning, agak murah) Setelah saya mencuba dedak permulaan ayam daging , masalah kematian yang sering terjadi telah dapat di selesaikan. Alhamdulillah, semoga lebih banyak lagi ayam yang menjadi.


Wednesday 4 April 2012

Plan yang tak berjaya!

Hai... malang betul nasib saya, baru je 3 hari bela anak ayam baru (40 ekor semua) dah 21 ekor yang dah mati. (bukan sikit tu! dah rugi RM63.00)
Saya pun tak tau mana silapnya, mentol dah bubuh, dari 15 watt tukar kepada 40 watt (sebab ujan 2 malam ni)
makan dan air pun dah bagi, tapi masih ada kematian lagi. Tensionnya betul, payah betul nak menternak ayam kampung ni! Jadi saya dah buat keputusan nekad dan ini lah akibatnya!



Kotak tu dah saya humban ke sampah! So anak ayam yang tinggal tu sebanyak 19 ekor lagi dah saya campur sekali dengan ayam yang saya bela 2 minggu lepas. Saya nak tunggu dan lihat je apa jadi pulak. Jadi sekarang ni dalam satu sangkar ada kecik ada besar, buleh la kot no...


Sunday 1 April 2012

40 ekor anak ayam yang baru dibeli.

Inilah anak2 ayam kampung yang baru saya beli pagi tadi, sekali ambik dalam 40 ekor, Semasa dalam perjalanan pulang, seekor dah tertindih oleh anak ayam yang lain dan anak ayam tu cuma sempat hidup dalam 7 jam saja. Salah saya jugak pergi ambik dengan moto je, menyesal pun ada!
Setakat sekarang dah 1 ekor yang dah mati, tinggallah lagi 39 ekor.











Mudah-mudahan semua anak ayam ni sihat2 dan harap tak banyak yang mati lepas ni.





Tuesday 27 March 2012

Anak ayam yang tinggal

Ni jelah anak ayam saya yang tinggal selepas 2 minggu lebih, ada 16 ekor semuanya.
Harap2 menjadi dan tak ada yang mati.



Sunday 25 March 2012

Permulaan ternakan ayam kampung saya.



Ini adalah reban yang saya gunakan untuk memulakan ternakan ayam kampung saya sekarang. Biasalah, reban lama.Reban ini dah hampir 12 tahun tapi ianya masih lagi boleh di gunakan. Dulu saya cuma penternak ayam kampung secara kecil-kecilan je,untuk mengisi masa lapang. Selepas mendapat kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang (kat area bayan lepas) terus saya tinggal kan begitu saja.. semua ayam saya habis lari dan tinggal terus di rumah jiran saya.. (dah depa bagi makan hari-hari, apalagi,terus jadi depa punya) tak pe lah...
Jadi saya tak mau gaduh2... boleh mula lain dari bawah.


Dalam usaha untuk menjadi penternak ayam kampung kembali, saya telah membeli 35 ekor anak ayam dan guna semula reban yang lama ini untuk melihat sejauh mana potensi dan kemampuan saya menjadi penternak ayam kampung.Malang jugak nasib saya, dalam masa 2 minggu je,19 ekor yang dah mati.(sekor RM3.00 tu!)
Dulu pernah saya bela 30 ekor anak ayam semuanya hidup, sama la jugak pakai pelita ayam jugak. Bila difikir-fikirkan balik,saya rasa mungkin ada kena mengena dengan hujan yang turun seminggu yang lepas kot.


Tapi tak pa, saya bukan orang yang mudah patah semangat, saya bercadang untuk membeli lagi sebanyak 40 ekor anak ayam pada hari ahad ini (1/04/2012) dan akan dikurung dalam satu kotak khas yang telah hampir siap untuk digunakan. (Alah kotak mesin basuh yang bini sya beli baru-baru ni je, nak save le katakan!)
Saya bercadang nak tempatkan anak-anak ayam yang bakal dibeli selama 3 minggu di dalam kotak ini sebelum di pindah kan kekandang baru.(belum buat lagi pun, he..he..)
Kaedah ni saya dapat dalam blog,bagi saya try je kalau nak tengok hasil dia.
Terima kasih kepada tuan punya blog http://shawnagrofarm.wordpress.com/2010/01/01/cara-memelihara-anak-ayam-belanda-a-k-a-turkey-a-k-a-piru/